Monday, October 24, 2011

Microsoft Sweepstakes Promotion..?? Real or Fake

Nana just nak share something, hopefully semua dapat manfaat..
8 oktober 2011 nana dapat email daripada Microsoft Sweepstakes seperti di bawah:



Micro-soft Sweepstakes Promotion,
100 Victoria St, London SW1E 5JL
United Kingdom
Customer Service.

Your Batch No: 2011/19803/CMT
Your Reference No: SHK/SMO/0829

You have been awarded the sum of 550,000 British Pounds and a Toshiba laptop in the on going Micro-soft Sweepstakes Promotion 2011. For claims send the above reference number and batch number and fill the form below for verification and release of winning prize.

YOUR FULL NAME:
RESIDENT ADDRESS:
OCCUPATION:
AGE:
SEX:
POST CODE:
CITY:
STATE:
COUNTRY:
MOBILE-TELEPHONE:
FAX NUMBER:
WINNER EMAIL ADDRESS:
REFERENCE NUMBER:
AMOUNT WON:

Fiduciary Agent Name: Mr. Allan Fred
Tel: +44 704-571-0545
Email: mspredeem01@yahoo.cn

The Micro-Soft Sweepstakes Internet E-mail Promotion Awards is sponsored by former CEO/Chairman, Bill Gates and a consortium of software promotion companies.The Intel Group, Toshiba, Dell Computers and other International Companies. The Micro-Soft internet E-mail draw is held periodically and is rganized to encourage the use of the Internet and promote computer literacy worldwide.

Congratulations!!
Sincerely,
Mrs. Rose Patrick
Co-ordinator

Yours Faithfully,
Mrs. Rose Patrick.
Micro-Soft Sweepstakes Promotion.



Mula-mula dapat tu agak terkejut juga lah..tapi teringat pula pasal email yang dapat dulu tu;



Subject: Microsoft will pay you $243.00
bole tgk contoh email dekat forum2


1) http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-41688.html

2) http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-98232.html

3) http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-141327.html


kalau anda alert, mesti anda perasan tarikh forum tu.. yg 1 thn 2008, yg ke 2 thn 2009, yg ke 3 thn 2010..dan email itu sama macam yang diforwardkan sehingga ke hari ini..

terfikirkah anda benda ini dh lama tapi sampai sekarang email itu masih diforwardkan..
kalau betul mesti dah ramai yang jadi jutawan..


nana telah search untuk mendapatkan kepastian..kebanyakan jawapan menyatakan semua itu adalah SPAM..

cuba anda baca entry blog ini, ia banyak membantu untuk anda memahami dengan lebih baik

Scamming the scammer by Evolving Squid




kebanyakkan kes yang terjadi lebih kurang macam yang terjadi pada evolving squid..

untuk lebih info anda boleh layari laman web berikut untuk dapatkan kepastian..
atau anda bole search nama agent yang uruskan urusan untuk transfer winning prize tersebut kepada anda di google..
mesti anda akan terkejut dengan penemuan yang anda tidak jangka..

1) http://nospamplzzz.blogspot.com/2011/10/microsoft-sweepstakes-promotion-2011.html








JIKA ANDA PRIHATIN SILA SHARE KEPADA RAKAN2 ANDA.. TQ

Sunday, June 5, 2011

Knitting Heart

Akhirnya nana berjaya juga kait love@heart..yeppy (^_^)


Semua gambar dibawah hanyalah sample

Saturday, May 28, 2011

Last Week at SCS

Minggu depan merupakan minggu terakhir nana praktikal di System Consultancy Services Sdn Bhd (SCS)... Rasa sedih pula, sekejap je masa berlalu...

3 June 2011 ni berakhirlah sesi praktikal nana selama 6 bulan... Segala kenangan di SCS akan nana simpan di ingatan.. Terima kasih kepada semua warga SCS yang sporting dan banyak membantu nana sepanjang nana menjalani praktikal di sana, especially QA Division Mej. Daud & Kak Linda, i will miss u...

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada kak ann, kak mimi, tok mat, gig, ninie, kak za, kak imiey, kak adian, en. fahimey, abg lan, abg najib, abg sham, abg din, en.ahmad, kak june, kak amyz, kak mas, pn mary, kak waheeda, abg azfar, abg hazri, myra(trainee Fin), afiq(trainee Fin) dan semua yang telah membantu nana secara langsung atau tidak langsung.. Nana akan merindui kalian semua..

Semoga kita bertemu di lain waktu, nana akhiri dengan serangkap pantun:

KaLau aDa SuMur DiLaDang, BoLeh Lah HamBa MenumPang ManDi;
KaLau aDa UmuR yang PanJang, BoLeh Lah KiTa BerJumpa Lagi... (^_^)

SELAMAT TINGGAL SCS..

SeLamaT uLang Tahun KeLaHiRan Yang Ke 23

ALLAH selamatkan kamu....ALLAH selamatkan kamu....ALLAH selamatkan Nisa' & Naz....(Umo kalian dh 23, nana belum lagi...hehe)

Hari ini 29 May 2011 genaplah umur kawan nana Nisa' & Nazrul 23 Tahun..

Kami kenal masa di matrikulasi..Dulu nana belajar di matrikulasi tangkak,johor..nana,naz & nisa' satu mento mantee, dari situ lah kami kenal..
Pejam celik sekejap jew masa berlalu...hampir 4 tahun tinggalkan matrikulasi..


Hope semua berjaya dengan bidang pilihan masing2...rindu sangat dekat kawan2 semua...Hopefully one day kita akan berkumpul lagi macam dulu2..


Anyway nana nak wish Selamat Ulang Tahun Kelahiran, semoga segala cita2 kamu berdua tercapai..May ALLAH Bless you all... Love u <3 (^_^)

Wednesday, April 20, 2011

RAHSIA BERWUDUK DARI SUDUT KESIHATAN MANUSIA

  Syarat mendirikan solat ialah mengambil wuduk .Tentu tidak sah jika kita mengerjakan solat lima waktu tetapi meninggalkan wuduk. Pernahkah kita terfikir dengan perintah Allah SWT dengan perbuatan yang nampak remeh ini. Kenapa tidak?? Kenapa tangan bersama dengan air menyentuh anggota-anggota tubuh. Kenapa wajah yang dibasuh? Kenapa mesti telinga? Banyak rahsia berwuduk yang hanya Allah Maha Mengetahui namun antara rahsia wuduk yang dapat diungkapkan ialah: Setiap perintah Allah SWT tentu memiliki hikmah kebaikan disebaliknya.

        Lima pancaindera kenapa semua tanpa terkecuali disapu oleh air wuduk. Mata, hidung, telinga & seluruh kulit tubuh. Ini betul-betul luar biasa. Pakar Urat Saraf / neurologist pun telah membuktikan dengan air wuduk yang menyejukkan hujung-hujung urat saraf jari-jari tangan dan jari-jari kaki berguna untuk menenangkan fikiran. Anda tentu pernah mendengar akupuntur kan? Cuba cari dan ketahui dimana terletaknya titik-titik
sensitif yang sering digunakan dalam ilmu akupuntur?kemudian hayati rukun wuduk. InsyaAllah kita akan menemui persamaan antara keduanya.

        Anggota badan yang terkena semasa berwuduk terdapat ratusan titik akupuntur yang merupakan titik penerima ransangan terhadap sentuhan berupa basuhan, gosokan, usapan, dan tekanan/urutan ketika melakukan wuduk. Sentuhan tersebut akan dihantarkan ibarat signal ke sel, jaringan, organ dan sistem organ yang bersifat terapi. Ini terjadi kerana adanya sistem komunikasi iaitu antara sistem saraf dan hormon untuk mewujudkan homeostasis (keseimbangan). Titik-titik akupuntur merupakan suatu fenomena yang menarik bila berkaitan dengan syariat wuduk yang disyariatkan 15 abad yang lalu.

        Jumlah Titik Akupuntur Pada Anggota Wuduk(rukun dan sunat) Muka 84 Tangan 95 Kepala 64 Telinga 125 Kaki 125 Jumlah keseluruhan = 493 Ternyata terdapat 493 titik penerima ransangan pada anggota wuduk! Subhanallah!! Bayangkan jika kita melakukan itu setiap hari paling sedikit 5 kali sehari. Kita tidak harus memandang ringan semasa menjalani wuduk. Mengapa? Cuba ingat semasa kita membasuh tapak kaki & tangan…apakah celah-celah jari sering kita abaikan? Ternyata ada fakta menarik yang ingin saya kongsikan: Dari ilmu ahli akupuntur,pada celah-celah jari terdapat 16 titik akupunktur yang mana titik-titik tersebut apabila dirangsang secara istmewa ianya dapat mengubati migrain, sakit gigi, tangan-lengan merah, bengkak, dan jari kaku. Berkenaan telinga pula, walaupun ia adalah amalan sunat, ia mengandungi 30 titik ransangan!

        Maka, semasa menyapu telinga itu jangan cuma membasuh saja, tapi harus dengan urutan lembut juga. Selepas ini sebaiknya kita tidak meninggalkan amalan sunat semasa berwuduk kerana setiapnya mempunyai titik penerima ransangan. Terdapat 125 titik akupuntur pada telinga apabila disentuh semasa mengambil wuduk. Subhanallah…sungguh luar biasa rahsia wuduk.




HIKMAH BERWUDUK DARI SUDUT SAINS


        Sesungguhnya setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwuduk sebelum melakukan solat, malah umat Islam disunatkan berwuduk dalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan sebagainya. Mengapakah wuduk begitu dititikberatkan di dalam Islam?? Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk? Mari kita menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan kesihatan.

        Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang. Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk.

        Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkanghurrah dan tahjeelnya." Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu, Surabaya).

        Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.

       Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut. Benarlah ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA....

Friday, January 14, 2011

BE HAPPY

Hurmm today nana busy sangat..Kepala pun sakit asyik buat kerja jew.. Mata pun makin kabur sebab selalu sangat mengadap PC..huhu..So today nana pakai cermin mata nana balik..

    Dah lama nana tak pakai cermin mata sebab rimas, dulu masa sebelum rabun teringin sangat nak pakai,bila dah rabun rimas pula pakai..huhu

    Malam tadi kan nana baca sebuah novel yang sangat menyentuh kalbu..Tajuk novel tu “Hati Yang Terluka”.. Sampai menangis nana baca..huhu..Sangat touching jalan ceritanya..

   Lepas baca novel tu nana sedih sangat..Sampai kawan massage pun nana tak de perasaan nak balas..huhu

   Nana hope nana akan happy seperti biasa..Esok nana nak kuar pergi Chow Kit dengan mak dan adik nana.. Nana tunggu dekat KL Sentral.. Yeah shopping beli barang untuk buat brooch... (^_^)



Thursday, January 13, 2011

OREN DAY’S

Kalau nak tahu kat department nana setiap hari khamis kena pakai baju warna oren.. Minggu lepas nana terlupa nak pakai baju warna oren...huhu


   Tapi minggu ni nana tak lupa...sebelum tido semalam nana dah iron baju siap2..hehe. So arini baru lengkap department nana semua pakai baju oren...Meriah woo.. Jangan jelous..(^_^)

   Owh ea..arini baju yang nana tempah daripada kak shu sampai...Jauh tu daripada JB.. nana beli 3 helai baju kemeja on9.. Minggu lepas baru balik...Minggu ni my mom ajak kuar pergi KL cari barang..Sape nak ikut..?? Jom2..hehe